Bahasa: EN | 中文 | BM |

About

Agensi Pengangkutan

Yinson Transport (M) Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 1984 sebagai agensi pengangkutan di Johor Bahru, Kami menyediakan penyelesaian logistik sehenti melalui 6 cawangan di seluruh negara. Kami memiliki pengalaman yang lebih daripada 30 tahun dalam sektor logistik. Yinson diketuai oleh pasukan profesional yang berdedikasi dan tenaga kerja yang mahir untuk mencapai matlamat dan sasaran pelanggan. Kami juga dapat memastikan kepuasan pelanggan sepenuhnya melalui kerjasama dengan pelanggan kami sebagai rakan kongsi.

Yinson Transport (M) Sdn Bhd sentiasa mencari penyelesaian logistik untuk menyediakan peluang penambahbaikan dan kecekapan proses bagi keberkesanan kos. Masa yang tepat dan keselamatan sentiasa menjadi objektif utama syarikat kami. Yinson sentiasa menaik taraf perkhidmatan untuk bertindak balas dengan cepat terhadap corak permintaan pelanggan, jumlah, jadual pengangkutan serta cara operasi pelanggan yang sentiasa berubah.